Ahad, 21 Ogos 2011

Aktiviti Di Bulan Ramadhan



Ha....ni sebenarnya hobi saya....apa lagi di bulan puasa ni tak ada kerja lain la, nak makan tak boleh jadi apa lagi....jahit manik lah kat baju raya....


Yang ini sebenarnya baju yang ke 2 dijahit....tiru dalam blog butterfly beads...tak tahulah

jadi ke tak?


Yang ni pulak baju pertama dijahit manik. Pakai hentam ja...tapi kawan-kawan saya kata
yang ni cantik...betullah kata orang lain mata lain pilihannya...kalau tak mana nak habis kan
kain kat kedai.
Baju ni akan dipakai Hari Raya Pertama.....tema tahun ini ialah pink....

Huh...tak sabar dah nak raya...tapi biskut raya belum buat lagi nih....



TEKA TEKI LUCU DI BULAN RAMADHAN

Macam-macam yang dapat dalam Bulan Ramadhan ni....terbaca dalam FB, terima sms....kreatif orang-orang kita ni. Kadang-kadang saya pun tak percaya, bagaimana mereka-mereka ini terfikir benda-benda pelik yang dah menjadi lawak antarabangsa...Tapi orang-orang dari negeri lain jgn marah pulak ya....takut ada yang terguris, bukan nak menghina makanan orang negeri lain....ini hanyalah sekadar gurauan....


Kuih paling seksi - Kuih Puteri Mandi


Kuih paling jahat - Kuih Pau


Kuih gangster - Kuih Lompat Tikam


Kuih lelaki kronik - Kuih Batang Buruk


Kuih paling busuk - Tahi Itik


Kuih untuk awet muda - Kuih Seri Muka


Kuih paling alim - Kuih Ketayap


Kuih dalam zoo - Badak Berendam


Kuih paling tenteram - Kuih Makmur


Kuih orang tak mandi - Kuih Bau-lu


Kuih paling lembap - Kuih siput


Eh lawak betoi la....


SOALAN PERCUBAAN PMR KEMAHIRAN HIDUP KEDAH 2011

Soalan KHB ERT Kedah 2011
Skema Jawapan KHB ERT Kedah 2011

Soalan KHB KT Kedah 2011
Skema Jawapan KHB KT Kedah 2011

Soalan KHB PK Kedah 2011
Skema Jawapan KHB PK Kedah 2011

Soalan KHB Pertanian Kedah 2011
Skema Jawapan KHB Pertanian Kedah 2011

Selasa, 9 Ogos 2011

MINGGU TEKNIK & VOKASIONAL BUDIMAN 2011

Minggu Teknik dan Vokasional SMK Bandar Baru Darulaman telah diadakan pada 19 - 23 Jun 2011 yang lalu.


Perbagai pertandingan telah dijalankan pada minggu tersebut.


Disebabkan kesuntukan masa hari ini barulah saya sempat untuk upload gambar-gambar aktiviti yang telah dijalankan.


Sambutan daripada pelajar sangat-sangat menggalakkan.


Tahniah kepada semua pelajar yang telah memenangi pertandingan yang dijalankan dan syabas kepada yang mengambil bahagian. Yang tidak berjaya cuba lagi pada tahun hadapan yer!


Terima kasih kepada pihak pengurusan, GK T&V, Puan Ruzita serta semua rakan panitia yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik dan tidak lupa juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.


MAJLIS PELANCARAN MINGGU TEKNIK DAN VOKASIONAL 2011

(Dirasmikan oleh Tuan Pengetua Puan Hajah Ramlah Bt Mohd Hussain.)




Pertandingan Memasak






Juri Pertandingan Memasak






Pertandingan Teka Silang Kata KHB



Gambar sekitar pertandingan memasak








Pertandingan Gubahan Tuala























ADUHAI HAKIMI.....

Dah lama rasanya tak update blog ni....bukannya apa sejak kebelakangan ini rasanya sangat-sangat sibuk....last update bulan Mei kalau tak silap....eh ni dah bulan Ogos....

Jadi dikesempatan yang kurang sibuk ni...boleh la update sikit-sikit...bukannya apa sekarang tengah jaga anak kat wad jadi masa terbuang begitu saja, eloklah habiskan dengan update blog.

Kalau tak silap dah 4 malam tidur dekat wad menemani anak "HAKIMI" yang tiba-tiba saja kena operation sebab appendixnya pecah dalam perut. Ni nak berkongsi sikitlah dengan sesiapa sahaja tentang appendix ni....mcm si KIMI ni tak ada pun warning yang diberi...tiba-tiba ja dia sakit sehari sebelum dan keesokkannya dah pecah....sianlah jugak kan...budak-budak lagi dah kena bedah perut. Kalau kita nak tahu sakit perut berpunca daripada appendix....sakitnya ialah pada bahagian sebelah kanan perut dan sebelah bawah sedikit.

Mula-mula tu ingatkan sakit perut biasa saja... biasalah kan di bulan puasa ni.....sangat-sangat tak disangka....dah pecah rupanya...Sekarang alhamdulillah dah sihat nampaknya si KIMI...cuma sekarang masih di wad untuk sambung antibiotik takut sekiranya ada jangkitan kuman disebabkan pecah tersebut.

Semoga KIMI cepat sembuh.....mama dah tak larat tidur kat wad lagi.....jom balik.....he..he..

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2011

Minggu ini bermulalah Peperiksaan Percubaan PMR 2011....Selamat menjawab peperiksaan diucapkan kepada semua pelajar tingkatan 3 khasnya pelajar-pelajar BUDIMAN....semoga anak-anak cikgu dapat menjawab soalan dengan baik.

Walaupun ini hanya peperiksaan percubaan tetapi ianya sangat-sangat penting ya....terutamanya kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke SM Teknik atau SBP, MRSM dan sebagainya...keputusan peperiksaan inilah yang akan digunakan semasa mengisi borang nanti.....jadi buatlah dengan sehabis baik ya....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...