Ahad, 2 Oktober 2011

PMR 2011

Selamat menduduki peperiksaan PMR buat semua pelajar tingkatan 3 di seluruh Malaysia.

Jangan lupa jawab soalan dengan sebaik mungkin, baca dan fahamkan soalan terlebih dahulu. Jangan bazirkan masa, jawab soalan yang dirasakan mudah dahulu kemudian barulah diikuti dengan soalan yang lebih susah. Semoga kejayaan menjadi hak milik anda semua yer.

Ok, itu saja Good Luck!!!

Sabtu, 24 September 2011

PENANTIAN SUATU PENYEKSAAN

Ha..ha...





dah berapa hari dah ni.....





menunggu....





tapi tak jugak kunjung tiba....










Hari ni masih mengharap lagi ni....





kot-kot lah tengah hari sat lagi





yang ditunggu kunjung tiba...










Memang betullah kata orang..





penantian suatu penyeksaan....





Sabtu, 17 September 2011

Rabu, 7 September 2011

PMR 2011

Selamat menghadapi Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah 2011 buat semua pelajar Tingkatan 3 seluruh Malaysia....






Tarikh peperiksaan ialah 4 - 11 Oktober 2011






Semoga anda dapat menjawab soalan dengan baik. Ingat pesanan guru ok!









Sabtu, 3 September 2011

JUADAH HARI RAYA



Yang ni juadah raya paling enak....






Walnut Brownies...






huh memang best penangannya...sesuai untuk menaikkan berat badan.






Dimasak sehari sebelum raya...tapi malam raya dah habis makan sebiji...nasib baik buat 2 biji, maka sempatlah hidang kepada tetamu...


rindu lah kat brownies ni....


Khamis ni kita makan lagi yer...







Selamat Hari Raya Aidilfitri




Ahad, 21 Ogos 2011

Aktiviti Di Bulan Ramadhan



Ha....ni sebenarnya hobi saya....apa lagi di bulan puasa ni tak ada kerja lain la, nak makan tak boleh jadi apa lagi....jahit manik lah kat baju raya....


Yang ini sebenarnya baju yang ke 2 dijahit....tiru dalam blog butterfly beads...tak tahulah

jadi ke tak?


Yang ni pulak baju pertama dijahit manik. Pakai hentam ja...tapi kawan-kawan saya kata
yang ni cantik...betullah kata orang lain mata lain pilihannya...kalau tak mana nak habis kan
kain kat kedai.
Baju ni akan dipakai Hari Raya Pertama.....tema tahun ini ialah pink....

Huh...tak sabar dah nak raya...tapi biskut raya belum buat lagi nih....



TEKA TEKI LUCU DI BULAN RAMADHAN

Macam-macam yang dapat dalam Bulan Ramadhan ni....terbaca dalam FB, terima sms....kreatif orang-orang kita ni. Kadang-kadang saya pun tak percaya, bagaimana mereka-mereka ini terfikir benda-benda pelik yang dah menjadi lawak antarabangsa...Tapi orang-orang dari negeri lain jgn marah pulak ya....takut ada yang terguris, bukan nak menghina makanan orang negeri lain....ini hanyalah sekadar gurauan....


Kuih paling seksi - Kuih Puteri Mandi


Kuih paling jahat - Kuih Pau


Kuih gangster - Kuih Lompat Tikam


Kuih lelaki kronik - Kuih Batang Buruk


Kuih paling busuk - Tahi Itik


Kuih untuk awet muda - Kuih Seri Muka


Kuih paling alim - Kuih Ketayap


Kuih dalam zoo - Badak Berendam


Kuih paling tenteram - Kuih Makmur


Kuih orang tak mandi - Kuih Bau-lu


Kuih paling lembap - Kuih siput


Eh lawak betoi la....


SOALAN PERCUBAAN PMR KEMAHIRAN HIDUP KEDAH 2011

Soalan KHB ERT Kedah 2011
Skema Jawapan KHB ERT Kedah 2011

Soalan KHB KT Kedah 2011
Skema Jawapan KHB KT Kedah 2011

Soalan KHB PK Kedah 2011
Skema Jawapan KHB PK Kedah 2011

Soalan KHB Pertanian Kedah 2011
Skema Jawapan KHB Pertanian Kedah 2011

Selasa, 9 Ogos 2011

MINGGU TEKNIK & VOKASIONAL BUDIMAN 2011

Minggu Teknik dan Vokasional SMK Bandar Baru Darulaman telah diadakan pada 19 - 23 Jun 2011 yang lalu.


Perbagai pertandingan telah dijalankan pada minggu tersebut.


Disebabkan kesuntukan masa hari ini barulah saya sempat untuk upload gambar-gambar aktiviti yang telah dijalankan.


Sambutan daripada pelajar sangat-sangat menggalakkan.


Tahniah kepada semua pelajar yang telah memenangi pertandingan yang dijalankan dan syabas kepada yang mengambil bahagian. Yang tidak berjaya cuba lagi pada tahun hadapan yer!


Terima kasih kepada pihak pengurusan, GK T&V, Puan Ruzita serta semua rakan panitia yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik dan tidak lupa juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.


MAJLIS PELANCARAN MINGGU TEKNIK DAN VOKASIONAL 2011

(Dirasmikan oleh Tuan Pengetua Puan Hajah Ramlah Bt Mohd Hussain.)




Pertandingan Memasak






Juri Pertandingan Memasak






Pertandingan Teka Silang Kata KHB



Gambar sekitar pertandingan memasak








Pertandingan Gubahan Tuala























ADUHAI HAKIMI.....

Dah lama rasanya tak update blog ni....bukannya apa sejak kebelakangan ini rasanya sangat-sangat sibuk....last update bulan Mei kalau tak silap....eh ni dah bulan Ogos....

Jadi dikesempatan yang kurang sibuk ni...boleh la update sikit-sikit...bukannya apa sekarang tengah jaga anak kat wad jadi masa terbuang begitu saja, eloklah habiskan dengan update blog.

Kalau tak silap dah 4 malam tidur dekat wad menemani anak "HAKIMI" yang tiba-tiba saja kena operation sebab appendixnya pecah dalam perut. Ni nak berkongsi sikitlah dengan sesiapa sahaja tentang appendix ni....mcm si KIMI ni tak ada pun warning yang diberi...tiba-tiba ja dia sakit sehari sebelum dan keesokkannya dah pecah....sianlah jugak kan...budak-budak lagi dah kena bedah perut. Kalau kita nak tahu sakit perut berpunca daripada appendix....sakitnya ialah pada bahagian sebelah kanan perut dan sebelah bawah sedikit.

Mula-mula tu ingatkan sakit perut biasa saja... biasalah kan di bulan puasa ni.....sangat-sangat tak disangka....dah pecah rupanya...Sekarang alhamdulillah dah sihat nampaknya si KIMI...cuma sekarang masih di wad untuk sambung antibiotik takut sekiranya ada jangkitan kuman disebabkan pecah tersebut.

Semoga KIMI cepat sembuh.....mama dah tak larat tidur kat wad lagi.....jom balik.....he..he..

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2011

Minggu ini bermulalah Peperiksaan Percubaan PMR 2011....Selamat menjawab peperiksaan diucapkan kepada semua pelajar tingkatan 3 khasnya pelajar-pelajar BUDIMAN....semoga anak-anak cikgu dapat menjawab soalan dengan baik.

Walaupun ini hanya peperiksaan percubaan tetapi ianya sangat-sangat penting ya....terutamanya kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke SM Teknik atau SBP, MRSM dan sebagainya...keputusan peperiksaan inilah yang akan digunakan semasa mengisi borang nanti.....jadi buatlah dengan sehabis baik ya....

Selasa, 24 Mei 2011

HARI GURU PERINGKAT NEGERI KEDAH 2011

Selama 3 hari Jawatankuasa Kerja Persiapan Tempat berkampung di Dewan Insaniah Alor Setar bagi menguruskan Persiapan tempat VVIP dan VIP untuk Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Kedah Bagi Tahun 2011 yang berlangsung pada Hari Selasa 24 Mei 2011.



Walaupun agak terasa letih dan penat tapi masih terasa bersemangat untuk menjalankan tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin. Banyak pengalaman yang diperolehi... Selama 3 hari meninggalkan kelas dan berada di Insaniah....memang ada yang mengatakan seronoklah tak payah masuk kelas kan....tapi bagi jawatankuasa yang berada di sini tahulah apa yang sangat seronok sangat tu....setiap hari pergi bulan dan balik pun bulan....he..he.. bukan mengeluh cuma bukan senang orang lain nak faham kalau bukan diri sendiri yang berada ditempat tersebut....cuba-cubalah kita memahami setiap situasi yang dialami oleh orang lain, jangan hanya merungut jika mendapat relief.....


Apa-apa pun happy sangat dan masih ada cita-cita yang belum tercapai......Usaha-usaha semoga segala yang diimpikan akan menjadi kenyataan.....Amin....


Gambar-gambar kenangan.....



Semua AJK bersama Puan Pengetua, Pn Hjh Ramlah




Tempat duduk VVIP





Tempat duduk VIP




























PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011

Terlalu cepat rasanya masa berlalu....dah sampai ke pertengahan tahun rupa-rupanya....Terlau banyak rasanya agenda yang berlaku pada tahun ini yang menyebabkan masa menjadi terlalu cepat. Walaubagaimanapun....rasanya belum terlambat lagi untuk mengucapkan "Selamat Menjawab Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011".....semoga anak-anak didik cikgu sentiasa mengulangkaji pelajaran dan menjawab soalan dengan sebaik-baiknya....Good luck!!!

Minggu depan dah nak bercuti pulak kan....eh diucapkan juga selamat bercuti. Kepada pelajar Tingkatan 3 jangan lupa ada kelas tambahan semasa cuti dan jangan lupa juga untuk mengulangkaji pelajaran....ingat PMR dah tak lama dah kan....ok Selamat Bercuti....

Rabu, 4 Mei 2011

NOTA KHB TINGKATAN 2

TINGKATAN 2
1. Masakan (Teras)
2. Lukisan Teknik (Teras)
3. Elektronik (Teras)
4. Pemasuan Semula (Teras)
5. Nota Jahitan (Elektif)

Semoga anak-anak BUDIMAN dapat menggunakan nota ini untuk mengulangkaji....semoga berjaya....

HARI TERBUKA IPDA, JITRA KEDAH

Hari ini Rabu 4 Mei 2011.....saya berkesempatan bersama pelajar kelas 3 Cemerlang mengunjungi Hari Terbuka IPDA. Banyak pameran menarik telah diadakan...memang best sangat...penuh dengan ilmu, informasi, menarik dan tak menyesal walaupun terpaksa berulang alik ambil pelajar disebabkan tak muat kereta....he..he...2 kali ulang alik....walaupun penat tapi sangat2 berpuas hati....








Antara pameran-pameran tersebut.....






Pelajar-pelajar sedang tekun mendengar penerangan daripada kakak IPDA...






Ada yang mencuba mewarna batik...
Bergambar kenang-kenangan sebelum pulang......sweet memories...













































































































































































































































































































































Isnin, 2 Mei 2011

HARI ANUGERAH KUALITI BUDIMAN 2011

Minggu yang agak sibuk kerana persediaan untuk Hari Anugerah Kualiti BUDIMAN 2011. Banyak persiapan yang perlu dilakukan menjelang sambutan tersebut. Sebelum ini sibuk menentukan menu dan juga menempah sarung kerusi dan juga sarung meja...minggu ini persediaan peralatan menghidang pulak...Makanan juga perlu ditempah....wah2....banyak lagi kerja ni...Majlis akan berlangsung pada Khamis 12 Mei 2011.








Oh dah tiba hari raptai.....kena latih anak-anak peramusaji....tapi nasib baiklah pihak 6RAMD sudi membantu untuk melayan Tunku Temenggung....Bukan senang ni nak melayan Tunku Temenggung kan....takut tersilap ada pulak yang murka...he..he...Tetamu khas ialah Tunku Temenggung, Yang Teramat Mulia Dato' Seri Diraja Tunku Salehuddin Ibni Al Marhum Sultan Badlishah SHMS, SSDK, BCK, KPK, Tunku Temenggung Kedah Darul Aman.


Walaupun agak sibuk, tapi terasa sangat2 happy....cara menghidang dan menu pun telah ditukar secara side table. Lebih mudah dan banyak perkara dapat dijimatkan. Semua jawatankuasa memberikan kerjasama yang sangat baik dan tak lupa juga anak-anak yang membantu sangat rajin dan membanggakan cikgu.


Gambar-gambar sekitar majlis dan semasa persiapan....



















Jumaat, 29 April 2011

Contoh Produk Di Pasaran (Modul 4)

Gambar Produk Di Pasaran

Senang saja kan kalau nak cari produk di pasaran....untuk kriteria 4.1 (ii) bagi modul 4.
Jadi dari gambar tadi klik kanan dan copy sahaja gambar tu.....mudah dan menarik. Tak perlu nak lukis kan....selamat mencuba...!!

KRITERIA PENTAKSIRAN KHB ERT (MODUL 1 & 3)





























































































































































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...